Menteri masuk ke alam Blog

Tahniah diucapkan kepada Menteri Luar Bandar, Tan Sri Mohamad Taib kerana berani menampilkan diri sebagai blogers.

Sepatutnya sebagai Ketua Penerangan UMNO Pusat, YB sepatutnya sudah lama menghidu kehangatan informasi yang dimainkan didalam Blog ataupun internet. Tetapi nampaknya penasihat-penasihat YB tidaklah begitu cerdik dan pandai kerana lambat menghidu kuatnya wangian internet ini sehingga telah menggugat Kerajaan.

Permulaan yang baik, tetapi diharap Pemimpin UMNO yang bersemangat tidaklah hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja. Laman blog ini perlu aktiv, sekurang-kurangnya sebulan sekali adalah berita atau pun pandangan di isikan didalam blog ini.

 

 

Segerakan muafakat parti politik Melayu

KUALA LUMPUR 16 April – Langkah permuafakatan parti-parti politik Melayu perlu dilakukan dengan segera dan tidak ditangguhkan terlalu lama kerana sebarang penangguhan akan hanya merugikan orang Melayu.

Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk A. Aziz Deraman berkata, permuafakatan itu perlu dilakukan segera lebih-lebih lagi dalam pasca Pilihan Raya Umum Ke-12 ketika ini.

“Satu kaedah perlu dicari bagi membolehkan semua pihak merumuskan formula kerjasama yang terbaik,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, muafakat antara parti-parti politik itu adalah perkara yang terpenting sekali untuk kelangsungan seluruh umat Melayu ketika ini.

“Parti-parti Melayu perlu bersifat melengkapi antara satu sama lain walaupun mereka berbeza ideologi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohamad Norza Zakaria yang mahu menggerakkan usaha bagi mewujudkan permuafakatan antara UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketua Pemuda UMNO Pahang, Datuk Khairuddin Yaakob pula berkata, sekarang bukan masanya untuk kaum Melayu berpecah-belah atas nama politik.

“Kelangsungan Melayu sendiri kini dalam keadaan yang sukar untuk diramal, sikap berpecah-belah hanya akan merumitkan lagi keadaan,” katanya.

Tambah beliau, usaha bersepadu dan tulus daripada lubuk hati perlu dimulakan oleh semua pihak agar muafakat untuk mempertahankan hak orang Melayu dapat dilakukan.

Tanpa tindakan seumpama itu katanya, semua yang diperkatakan akan hanya tinggal satu bentuk retorik sahaja.

Beliau juga mencadangkan agar sebarang usaha muafakat untuk mempertahankan hak orang Melayu tidak menyentuh sensitiviti kaum lain di negara ini.

Hadi dukacita UMNO berbalah secara terbuka

MARANG 16 April – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas cara UMNO menyelesaikan ‘masalah keluarga’ dengan bertelagah secara terbuka.

Abdul Hadi berkata, pertelagahan dalaman UMNO sepatutnya dibincangkan secara tertutup dan tidak dilakukan melalui media.

”Saya merasa dukacita melihat keadaan UMNO yang menyelesaikan masalah dalaman parti secara terbuka, cara yang digunakan ini keluar daripada budaya dan adat orang Melayu.

”Kalau ada masalah keluarga kita tidak membincangkannya di kedai kopi sehinggakan orang ramai mengetahui mengenainya. Ia satu perkara yang memalukan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rusila di sini hari ini.

Beliau menasihatkan UMNO supaya mencari penyelesaian di peringkat nasional bagi memastikan mereka terus memegang tampuk pemerintahan negara.

”UMNO kena terima pandangan semua pihak termasuk daripada kaum Cina dan India untuk melakukan perubahan,” katanya.

Beliau berkata, pertelagahan dalaman UMNO itu tidak sepatutnya berlaku kerana berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12, kekalahan yang dialami parti itu tidak seteruk parti komponen Barisan Nasional (BN) lain.

”Keadaan ini berlaku kerana ahli-ahli UMNO kehilangan kuasa selepas pilihan raya umum tersebut menyebabkan mereka menjadi panik,” ujarnya.

”Saya mencadangkan supaya pertemuan antara pemimpin negara dengan pemimpin-pemimpin politik Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP diadakan untuk kita sama-sama menghayati pemerintahan selepas pilihan raya dan tidak terlalu sibuk untuk memulihkan parti,” ujarnya.

Parti politik Melayu perlu pertahan hak Melayu

KUALA LUMPUR 16 April – Parti-parti politik Melayu tidak seharusnya terlalu ghairah berpolitik sehingga mengabaikan kepentingan kaum sendiri.

Ketua Satu Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Ismail Hussein berkata, parti-parti berkenaan perlu bersatu padu bagi menyelamat orang Melayu dan sekali gus negara ini.

Ini kerana, kata beliau, pertubuhan itu mendapati terdapat unsur perkauman yang tebal pada pilihan raya lalu.

“Pada ketika ini, beberapa parti politik Melayu pula nampak ghairah dengan kemenangan yang diperoleh, tetapi kelihatan mereka tidak memegang kuasa secara mutlak, mereka seolah-olah ditunggangi kepentingan yang lain bukannya kepentingan Melayu.

“Jika keadaan ini berlanjutan ia akan memusnahkan bangsa Melayu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau, parti politik Melayu terutama UMNO pula terpaksa menjadi pemimpin nasional, sehingga tidak dapat memberi perhatian kepada masalah bangsa sendiri.

Sehubungan itu, katanya, Gapena akan mengadakan Kongres Permuafakatan Melayu di Johor Bahru pada 2 dan 3 Mei ini tanpa penyertaan langsung ahli-ahli politik Melayu.

“Kami rasa perlu ada institusi lain untuk menjaga perihal kemelayuan dan kongres ini diharap diiktiraf oleh semua parti politik Melayu serta bangsa Melayu umumnya,” katanya.

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Norza Zakaria berkata, pihaknya mengadakan perbincangan tidak rasmi melibatkan tiga parti terbesar mewakili kaum Melayu iaitu UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tentang permuafakatan untuk mempertahankan hak serta hala tuju orang Melayu.

14 April – Politik Hari Ini

Kenyataan Mukhriz “Saya tidak kisah orang lain hendak hentam saya, yang penting kebebasan untuk bersuara dan peluang untuk menyuarakan pendapat dalam parti wujud.”

Ini menunjukkan sistem parti UMNO sekarang sudah tidak boleh dipercayai dan sudah tidak boleh digunapakai ataupun Ketua-ketua 4 Peringkat UMNO Bahagian dan MT-MT yang seramai 192 Bahagian darabkan dengan 4 dan campur 25(MT) semuanya tidak boleh dipercayai dan tidak berani bersuara didalam Bahagian masing-masing.

Kita mesti menyuarakan apa sahaja pendapat kita melalui saluran yang betul, fenomena sekarang yang selalu digunakan pakai dengan menggunakan Media dan juga Roadshow seolah-olah kita menindakan sistem parti UMNO itu sendiri.

Kita mempunyai Mesyuarat Cawangan dan Mesyuarat Bahaigian setiap tahun, Meyuarat AJK Pemuda Malaysia setiap bulan, kenapa kita tidak menyuarakan didalam saluran-saluran ini, kenapa perlu kita menjadi HERO sehingga sanggup kita menggunakan media dan bagi menunjukkan perpecahan parti kita kepada dunia luar yang mana sepatutnya tugas kita untuk menunjukkan perpaduan dikalangan kita.

Kita lihat sahaja apa tindakkan dan cara yang berhemat dari Johor, mereka membuat kenyataan selepas Mesyuarat Perhubungan, dan tindakan mereka juga merupakan satu tindakan yang matang dan tidak langsung menunjukkan ada kepentingan diri.

Mereka membuat Plan untuk Peralihan kuasa, tindakkan ini diambil semata-mata untuk memikirkan perpaduan parti dan memikirkan kepentingan parti. Tidak mengambil jalan mudah untuk mengambil publisiti murah di tepi-tepi jalan.

Orang Melayu perlu matang berpolitik, sudah 50 tahun merdeka dan sistem parti kita masih lagi relevan dan jangan kita menjadi hero dan mengambil jalan mudah untuk menunjukkan seolah-olah Pemimpin yang ada sekarang tidak boleh dipercayai.

##Tertarik dengan kenyataan Mad Taib, yang mana perbincangan didalam mesyuarat MT perlu dirahsiakan sepatatutnya mesti dihormati dan dipatuhi, semua MT telah mengankat sumpah untuk tidak membawa agenda mesyuarat ke luar, ianya mesti diselesaikan didalam Menyuarat. Ini akta rahsia UMNO, orang melayu, sesiapa sahaja yang duduk didalam itu perlu menyimpan dan tutup mulut. Mereka yang menceritakan agenda ini sudah pasti tidak tahu dan tidak paham dan disyorkan balik dan muhasabah diri.

Utusan Keluaran 14 April.

“Segerakan pelan peralihan kuasa”

Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah, Datuk Abdul Aziz Sapian pula berkata, pelan peralihan kuasa yang teratur dan licin daripada Abdullah kepada Najib sebagaimana yang dicadangkan oleh Badan Perhubungan UMNO Johor, mampu memulihkan sokongan orang Melayu serta rakyat kepada UMNO dan kerajaan.

Beliau berkata, pelaksanaan pelan peralihan kuasa itu merupakan tunjang kepada sokongan penuh Badan Perhubungan UMNO Johor kepada kepimpinan Abdullah yang diikrarkan pada Jumaat lalu.

“Dalam lain perkataan, sokongan kepada Perdana Menteri itu mempunyai isinya tersendiri dan berkait rapat dengan penerimaan Perdana Menteri terhadap cadangan pelan peralihan kuasa oleh Badan Perhubungan UMNO Johor,” katanya.

Beliau berkata, ramai pemerhati politik dan anggota UMNO sendiri berkemungkinan terkeliru dengan pernyataan sokongan UMNO Johor terhadap Perdana Menteri, yang juga adalah Presiden UMNO.

“Hargai pendapat, pandangan”

“Kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu adalah antara akibat yang berlaku apabila perasaan tidak puas hati ahli tidak dapat disuarakan sepenuhnya.

“Jadi mereka menzahirkannya melalui undi yang membuatkan BN tumbang di lima buah negeri,” katanya.

Katanya, setiap ahli yang bersuara tidak boleh mengharapkan orang lain bersetuju dengan pendapatnya kerana setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai satu-satu isu.

“Saya tidak kisah orang lain hendak hentam saya, yang penting kebebasan untuk bersuara dan peluang untuk menyuarakan pendapat dalam parti wujud.

“Sudah sampai masanya kita melakukan perubahan demi kebaikan dan budaya yes sir perlu dihapuskan,” katanya.

 

 

Orang Melayu Terhina Lagi.

EXCO kanan Selangor yang baru, wakil dari DAP telah mendapat kelulusan dari Kerajaan Selangor untuk membuat kilang Babi terbesar di Malaysia di Negeri Selangor.

Dengan jumlah 100juta, dijangkakan jumlah babi yang akan diternak lebih banyak dari rakyat Selangor. Isu sensitiviti agama Islam tidak dipedulikan. Ini sudah dijangkakan,  kerana objektif DAP dan juga Barisan Rakyat akan menjadikan Malaysia sebuah negara untuk semua kaum.

Petikan dari Utusan Melayu ”

“Saya amat berbangga dengan keputusan kerajaan negeri meluluskan projek ini.

Saya akan memaklumkan kepada semua Exvo dalam mesyuarat itu bahawa biarlah ladang penternakan babi di Selangor menjadi contoh kepada negeri-negeri lain,” katanya yang memegang portfolio Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan.

Beliau memberitahu, setiap perkara berkaitan dengan ternakan babi atau daging babi seharusnya tidak dijadikan isu sensitif.

Tersa memberikan contoh di mana beliah pernah melihat babi-babi berkeliaran di perkampungan orang Melayu di Tumpat, Kelantan sewaktu melawat negeri itu beberapa tahun lalu.

“Saya betul-betul tidak faham kenapa segelintir orang amat sensitif jika menyentuh perkara berkaitan babi atau daging babi.

Saya sering memberitahu Ahli-ahli Parlimen Barisan National (BN) di Dewan Rakyat bahawa babi juga adalah ciptaan Tuhan,” katanya dalam laman blog berkenaan.”

Beliau mengunkit tentang orang Melayu yang berada di Tumpat yang mana mereka disana adalah dari agama Budha.

Penghinaan yang dibuat oleh Teresak ini akan diteruskan sekiranya kerajaan Selangor longgar dan lupa tentang Tanah Melayu.

Orang-orang CINA akan terus menerus menekan dan membuat perubahan untuk menjadikan negara ini seperti Sinapura.

Mereka akan terus menindakan tentang Hak Orang Melayu dan terus menerus menghakis rasa dan semangat Melayu.

 

Melayu Perlu bangkit Perkasa Agenda Melayu

TERNYATA orang-orang Melayu sudah alpa dan lupa tentang keistimewaan yang mereka peroleh sebelum merdeka sehingga sekarang. Hak keistimewaan ini dirangka dengan baik untuk melindungi hak pribumi yang bertujuan memberikan imbangan ekonomi di Malaysia.

Di zaman kolonial dahulu, penjajah telah sengaja mengasingkan penempatan Melayu di kampung-kampung, India di estet-estet dan Cina di bandar-bandar.
Orang Cina telah mendapat keistimewaan di bandar-bandar dengan berniaga dan telah menguasai ekonomi.

Justeru, dasar untuk mengimbangi taburan ekonomi telah ditetapkan. Dengan agihan ini, boleh dilihat hasilnya, semua kaum boleh memperoleh dan menikmati taburan ekonomi dengan lebih baik.

Malah ramai orang India yang berjaya sebagai usahawan dan golongan profesional seperti peguam dan doktor. Nisbah golongan profesional itu lebih tinggi berbanding profesional Melayu. Bilangan orang India terkaya juga rasanya mengatasi usahawan Melayu.

Sebelum ini, kita melihat kaum Cina sahaja yang mampu membeli kereta-kereta mewah dan rumah-rumah mewah, tetapi sekarang, kehidupan yang selesa telah dapat dirasai oleh semua kaum di negara ini.

Walaupun Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan kemudiannya digantikan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah banyak membantu memperbaiki imbangan ekonomi antara kaum, tetapi realitinya ramai orang Melayu termasuk di bandar-bandar masih ketinggalan jauh di belakang.

Salah satu contohnya rumah kedai terutama di bandar-bandar besar masih lagi tidak mampu dimiliki oleh orang Melayu. Biarpun dengan harga diskaun tujuh peratus, realitinya usahawan biasa Melayu tidak mempunyai wang yang mencukupi apatah lagi tanpa diskaun seandainya DEB dihapuskan. Dengan tekanan kos kehidupan yang tinggi, ramai orang Melayu telah memilih untuk menyokong pembangkang.

Jurang kita masih jauh jika hendak dibandingkan dengan kaum Cina. Kita masih lagi memerlukan keistimewaan ini terutama dalam ekonomi dan pendidikan.

Semasa semua kaum memperjuangkan agenda pendidikan kaum mereka, orang- orang Melayu pula menafikan perkara ini sebagai sesuatu yang perlu diperjuangkan.

Ini jelas apabila dalam kempen DAP, mereka memperjuangkan hak orang Melayu perlu dikongsi bersama-sama dan pada masa yang sama mereka inginkan sekolah jenis kebangsaan dipertahankan.

Saya percaya, dengan adanya Internet, kita boleh menilai dengan lebih terbuka apakah yang diperjuangkan oleh DAP dan apakah implikasinya kepada orang Melayu khasnya. Untuk kita mengekalkan hak keistimewaan ini, UMNO mesti balik kepada asal. UMNO perlu menggilap idealisme dan sudah tentu memperkasakan agenda Melayu.

Sepanjang empat tahun lepas menyaksikan UMNO semakin longgar cengkaman terhadap orang Melayu.

UMNO juga dilihat tidak begitu menonjol sebagai sebuah gerakan parti dalam membela orang Melayu pada ketika ini. Peranan itu seolah-olah hanya dimainkan oleh kerajaan sedangkan parti-parti komponen lain bertindak seiringan secara ketara. Mereka menggunakan instrumen kerajaan dan pada masa yang sama lebih bersungguh-sungguh menggerakkan usaha parti tanpa berselindung.

Apa pun, konsep BN memberi keadilan kepada semua dengan mengekalkan keistimewaan kepada bumiputera perlu dikekalkan. Jika pelaksanaan semua program kerajaan dan BN dapat berjalan dengan berkesan, saya percaya tidak akan ada kaum yang terpinggir terutama orang Melayu di luar bandar yang masih ramai yang miskin.

Saya juga masih yakin BN akan dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai kerajaan yang terbaik kepada rakyat pelbagai kaum melalui konsep perkongsian kuasa.

Tender Terbuka Untuk CINA, Melayu kempunan di Negari Sendiri.

Petikan dari Utusan.

“PULAU PINANG 1 April – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata Kerajaan Pusat harus memberi peluang kepada kerajaan baru negeri itu untuk melaksanakan sistem tender terbuka.

Sistem tender terbuka sudah lama dijalankan, tetapi kuota 30% pembahagian untuk Bumiputera mesti diadakan demi untuk memberi peluang kepada Peniaga Bumputera bersaing untuk mendapatkan projek, itupun suddah diketahui umum, CINA juga akan mendapat 60% daripada jumlah sebenar projek, kerana CINA menguasai bahan mentah dan lain-lain”

Katanya, kerajaan negeri akan mengguna pakai sistem itu mengikut garis panduan prosedur kewangan yang ditetapkan oleh kerajaan pusat.

“Kalau begitu, Jalankanlah mengikut pembahagian kuota 30% pada setiap jabatan dibawah kerajaan Negeri”

“Jika Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menganggap cara ini tidak semestinya adil, beliau perlu pinda atur cara kewangan itu.

“Saya hairan kenapa ia dipertikai kerana apa yang dilaksanakan adalah mengikut prosedur yang sedia ada,” katanya.

“Kalau begitu, jangan dibuang clause “Tender untuk BUMIPUTERA”

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas peringatan Perdana Menteri kepada kerajaan campuran di negeri ini bahawa perlaksanaan tender secara terbuka tidak semestinya akan memberi keadilan kepada semua kaum terutama golongan minoriti.

Guan Eng berkata, sistem tender terbuka di negeri ini adalah permintaan rakyat dan secara tidak langsung berupaya meningkatkan kemampuan kontraktor melalui persaingan sihat.

“Permintaan mejoriti rakyat berbangsa CINA, Peniaga Melayu sudah tahu apa akibatnya sekiranya perkara ini berlaku, sudah pastinya ramai peniaga Melayu yang akan gulung tikar kerana perkongsian keuntungan yang selama ini dipaksa dikongsi tidak lagi berlaku. Pembekal-pembekal sudah boleh menyertai tender ini secara terus”

“Sistem ini juga akan meningkatkan daya saing khususnya kontraktor Melayu.Rakyat perlu tahu dan dapat pendedahan bagaimana wang kerajaan dibelanjakan,” katanya.

“Daya saing hanya pada mereka yang boleh bersaing, kaum CINA akan bersaing dengan Harga Terendah, mampunkan Melayu bersaing yang mana harga kita minta dan beli dari CINA?”

Kerajaan negeri telah menetapkan untuk melaksanakan sistem tender terbuka bagi semua kontrak dan pemerolehan kerajaan bagi menghapuskan amalan rasuah, kronisme dan juga ketidaktelusan.

“Amalan rasuah dan kronisme adalah penyakit Masyarakat Malaysia, sekiranya tidak ada yang memberi, sudah pasti tidak akan ada yang menerima, semua pemimpin berusaha untuk menghapuskan rasuah, tetapi terlalu banyak cara untuk memenangi tender, tidak semestinya harga. Mereka juga boleh merasuah dengan cara Teknikal dan lain-lain, pucuk pangkalnya Masyarakat kita perlu diperbaiki, alasan ini akan menguntungkan satu pihak dan akan merugikan Melayu”

“Apa yang penting adalah kepuasan hati rakyat dan orang awam. Saya tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam hal ini,” katanya.

“Kepuasan hati orang CINA, mereka sudah menang Tanah Melayu, sekarang perjuangan akan diteruskan lagi, kepentingan untuk memerintah dah mendaulatkan CINA akan tetap di teruskan di Tanah Melayu”

DAP Tetap Untuk CINA, Bukan India, Melayu dan Malaysia

Seorang ADUN India di Perak menghantar surat perletakan jawatan kepada Media. S.Sivasubramaniam berbuat begitu kerana tertipu dengan Presiden DAP yang menjanjikan 2 kerusi EXCO kepada kaum India.

Semua orang sudah maklum, kaum CINA melalui parti DAP adalah perjuangan bangsa CINA, bukan perjuangan untuk Malaysia yang dijanjikan oleh mereka. Dengan slogan yang mereka laungkan “Malaisia Malaysian”, ternyata ianya tidak akan membela kaum lain selain CINA.

Kaum CINA berhajat mahu menjadikan Negara Malaysia seperti Singapura, mereka telah berjaya “membeli” tanah Melayu, dan mereka akan meneruskan agenda ini sehingga 1000 Tahun lagi.

Apa yang diperolehi oleh kaum lain? Ini boleh dilihat dengan pembahagian kerusi Pulau Pinang dan Perak. Jadi, tidak perlulah kita menceritakan lagi kenapa DAP untuk Bangsa CINA. Kaum yang lain akan duduk seperti di Singapura, menjadi second class dan third class citizen.

Selagi bangsa Melayu tidak bersatu dan bangsa India meragui kepimpinan BN, selagi itu kaum CINA akan meneruskan dan menghakis hasil Pribumi Tanah Melayu ini. Lihat sahaja Pembahagian Tanah di Pulau Pinang, yang mana dengan kuasa Ekonomi, mereka telah memiliki 91% tanah tersebut, jadilah bangsa lain meremat, menyewa sehingga kita mati.

Semasa DAP menyatakan membela bangsa lain, dengan kuasa ekonomi, banyak yang boleh dibuat, mereka boleh tawar menawar, mereka boleh menunjukkan Money Power, apakah bangsa lain mempunyai kekuatan yang sama?

India tetap merempat, Melayu tetap akan hilang tanah Melayu sekirang kita masih lagi percaya dengan pakatan “BA”.

Bersatulah MELAYU.

** PS : Jam 3.00pm ADUN berikut telah menarik balik surat perletakan jawatan. Apakah yang beliau perolehi selepas berbuat begitu, masih jadi tanda tanya, itulah dunia sebenar, boleh membeli apa sahaja, dan boleh menjual apa sahaja, termaksuk harga BANGSA.

DAP Memerintah Perak, Melayu hilang Tanah

Masjid Kuala Kangsar, PerakMasjid melambangkan AGAMA ISLAMTahniah kepada orang-orang Melayu Perak yang telah mengundi DAP atau PKR. Dan tahniah kepada pucuk pimpinan UMNO yang telah meporak perandakan minda orang Melayu selama 4 tahun ini.

Akibat dari sengketa yang tidak dapat dikawal, dan akibat daripada Pimpinan UMNO yang telah hilang arah dan tidak penumpukan kepada kekuatan umat, inilah balasanya. Perjuangan yang dahulu kita pupuk untuk menjaga TANAH Melayu telah hilang begitu sahaja.

Zaman sebelum merdeka, orang-orang CINA menguasai Ekonomi, dan India bekerja di ladang-ladang, kontrak sosial direka dan diulam untuk memberikan orang Melayu dapat menjaga Tanah Melayu dengan baik sehingga tidak dijual kepada CINA (orang melayu miskin).

Inilah kuasa pentakbiran yang kita pertahankan selama ini bagi mengibangi kaum CINA yang jauh lebih kaya di Tanah Melayu.

Apa sudah terjadi di Perak. Melayu sebagai MB, dan DAP 6 Wakil(5 CIna, 1 India, dan PKR = 1 CIna). Apa nak buat lagi, kuasa ekonomi sudah hilang, kuasa mentakbir sudah hilang.

Di Kuala Lumpur dan Negeri-negeri besar, orang Melayu dipinggirkan kerana kuasa ekonomi. Ramai yang tidak mampu untuk memiliki kondominium yang dibanggunkan, dan ramai orang-orang Melayu hanya mampu membeli rumah kos rendah, ini hakikat, orang-orang CINA mempunyai kuasa ekonomi, dan mereka menjaga dikalangan mereka, bukan pasal perkauman, tetapi, siapa yang perlu kita jaga dahulu sebelum kita menjaga orang lain, sudah tentu sahabat dan keluarga kita.

Jesteru itu, bagaimana Melayu ingin meneruskan perkongsian kuasa ekonomi ini sekiranya kerajaan pun sudah diberi kepada orang lain.

Di Pulau Penang, Tanah MELAYU hanya 9%, dan sekarang DAP mempunyai negeri itu, sudah hilang lagi TANAH MELAYU. dan sekarang mereka akan mengerakan dan mengorak langkah untuk mendapatkan PERAK, banyangkan berapa banyak tanah MELAYU boleh digadaikan didalam masa 5 Tahun memerintah. Orang Melayu boleh GAH dengan kuasa sebagai MB, tetapi setiap mesyuarat EXCO, Melayu boleh diam, kasi KAMI buat keputusan.

Pikirkan bersama …